Sunday, August 12, 2007

SEJARAH KESULTANAN SELANGOR DAN MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM KEDAH - BAHAGIAN II

Istana Bandar, Jugra – Kami telah mendengar mengenai kehebatan rekabentuk Istana Bandar di Jugra yang mana pada hari ini tidak lagi digunakan. Untuk itu kami berangkat ke Jugra melalui Bandar Di Raja Kelang yang mengambil masa tidak sampai pun satu jam perjalanan. Setelah kami melepasi pekan Banting, kami melihat sebuah papan tanda, Kathong disebelah kiri jalan. Mungkin perkataan ini dulunya adalah bahasa Siam (atau Jawa) yang ditulis menggunakan perkataan rumi pada hari ini. Pelbagai andaian datang dari sahabat kami yang boleh berbahasa siam Siam Islam Kedah dan berbahasa thai, dari kisah bendera dan panji-panji ke lagu rakyat berlirikan Tanjung Katong airnya biru, namun ia bukanlah matlamat kami ke mari.


Papan tanda ‘Kathong’ di tepi jalan menuju ke Jugra menjadi topik perbualan kami

SEJARAHNYA

Wasiat Sultan Muhammad I Kelantan, kepada cucunya (sebelah bonda, Tunku Isau) TNL Mahmud dan seterusnya kepada TNL Kasim, mengenai salasilah DYMM Sultan Selangor, dinyatakan seperti berikut,

Sejarah menyatakan bahawa Raja Lumu telah ditabal oleh Sultan Mudzaffar Syah III, Sultan Perak ketika itu sebagai Sultan Selangor yang pertama. Jika kita fikirkan kenapa baginda ditabal oleh Sultan Perak? Perak belum ujud sebagai sebuah negeri lagi, malah sebuah daerah sahaja ketika itu. Ini adalah kerana Sultan Mudzaffar Syah III , Raja Kuala Kangsar adalah anakanda kepada Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia (Boromoraja V) Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah (ms 43, Undang-Undang Kedah).

Baginda lah yang disebut sebagai Raja Kemboja bergelar Koya Long (atau Po Chan di Kemboja) ketika menjadi Raja di negeri Kemboja Cempakasari sebelum diserang oleh tentera-tentera Alaungphaya. Baginda bersama rakyat dan tenteranya kembali ke Kedah dalam tahun 1758. Ayahanda baginda menabal baginda sebagai Raja Kuala Kangsar merangkap (Timbalan) Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Maharaja Besar Benua Siam Islam Kedah. Hingga kini masih ada rakyat Malaysia yang mempunyai keluarga di Kemboja atau mendengar dari ahli keluarga bahawa mereka berasal dari sana. Koya dalam bahasa Siam Kedah bermaksud Putera dan Koya Long bermaksud Putera Sulong. Di Pulau Pinang terdapat sebuah masjid lama yang dipanggil sebagai Masjid Koya dan ia masih digunakan sehingga ke hari ini.

Permaisuri baginda Sultan Mudzaffar Syah III adalah dari keturunan Bugis (bahasa Siam Islam Kedah bermaksud, puak portugis) dan dikenali sebagai Puteri Seri Andalas. Nama ini masih lagi digunakan di Kelang hari ini, sempena nama sebuah taman perumahan, iaitu Taman Seri Andalas (Andalas atau Andalusia adalah dulunya Negara Islam Sepanyol). Sempena pertabalan ini dan bagi mengeratkan lagi pertalian darah, anakanda Raja Lumu iaitu Raja Ibrahim telah dikahwinkan dengan puteri Tengku Anjang Johan, Raja Siam Ranong. Putri ini adalah anak saudara Sultan Muzaffar Syah III sementara Raja Ibrahim adalah anak saudara kepada Puteri Seri Andalas.

Terdahulu baginda Raja Lumu dari Kota Langgu Sulawesi telah dikahwinkan dengan puteri bongsu kepada Paduka Sri Sultan 'Ala ud-din Ri'ayat Shah, Raja Riau ketika itu. Puteri ini (nama tidak di ketahui) adalah sepupu kepada Sultan Mahmud Syah Melaka yang bergelar Sri Su Tammaraja di Ayuthia. Nama sebenar Sultan 'Ala ud-din Ri'ayat Shah ialah Tunku Shaari Riayat Shah. Nama jajahannya Ri-au, bermaksud Shaari Panjang disebabkan ketinggiannya. Raja Lumu (bermaksud bongkok-sabut) adalah juga kekanda kepada Puteri Seri Andalas, Permaisuri Sultan Mudzaffar Syah III.

Tunku Shaari adalah anakanda ke tiga Sultan Zahiruddin Mohd Bahadur Syah, Raja Monggol India yang berkahwin dengan Puteri Mah In Inta Tiral, Raja Perempuan Islam Ayuthia. Selain dari Tunku Shaari anakanda sulong mereka berdua ialah (1)Nai Hisbu Mad Azam Syah bergelar Inta Raja II di Ayuthia atau Tok Temong di Perak, Raja Kota Beruas,(2) Putera Has san (San tubong), Raja Borneo dan (4) Penggiran Mustafa Kecil Bongsu, membawa kepada kesultanan Berunei hari ini.


Istana Alam Syah, Kelang Bandar Di Raja (Gambar Lama).

Istana ini dibina oleh Sultan Mahmud Syah setelah baginda berpindah ke Kelang dari Kota Lukut berikutan serangan Belanda keatas Melaka dalam tahun 1641.Baginda membuka Ban Ting, bermaksud Kampung Cik untuk permaisurinya Puteri Nang Kemuning dan membina Istana Bandar untuk putera baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Sultan Mahmud Syah mangkat dalam tahun 1668 di istana ini dan dimakamkan di Kota Beruas.



Istana Alam Syah, Kelang Bandar Di Raja (Gambar baru)

Dalam tahun 1641 Sultan Mahmud Syah ibni Nai Hisbu Madazam Syah (cucu Sultan Zahiruddin) telah membina Istana Alam Syah di Kelang berikutan serangan Belanda keatas Kota Lukud yang merupakan Kota Melaka. (Hari ini Kota Portugis Porta De Santiago pula dikatakan Kota Melaka). Sultan Mahmud Syah inilah yang berkahwin dengan Puteri Nang Kemuning dari Patani. Pada masa yang sama, anakanda baginda yang bernama Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah membina Istana Bandar di Jugra dan bersemayam disana.

Berikutan kemangkatan baginda Sultan Mahmud dalam tahun 1668 dan dimakamkan di Kota Beruas Perak, anakanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah pun berpindah dan membina Istana Kota Palas di Pulau Langkawi (Dibakar hangus sewaktu serangan Thai keatas Pulau Langkawi).Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ditabal menjadi Maharaja Benua Islam Siam dan bergelar Boromokot di Ayuthia. Secara tidak langsung Sultan Selangor yang pertama telah diizinkan untuk bersemayam di kedua-dua istana ini sehinggalah ke hari ini kerana keturunan baginda juga adalah keturunan Sultan Mahmud Syah Melaka.

Gelaran bagi Maharaja Benua Islam Siam ini ialah Syah Alam Yang Maha Mulia dan Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia (selepas 1767) seperti mana tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah. Tidak hairanlah Bandar Shah Alam didirikan di negeri Selangor Darul Ehsan menggunakan nama ini sebagai satu penghormatan. Pertalian darah, mengikut agama islam tidak semestinya dari waris lelaki sahaja malah waris perempuan juga kerana mengikuti salasilah baginda Rasullullah SAW iaitu Siti Fatimah yang membawa kepada cucu baginda, Hassan dan Hussein.

BERSAMBUNG....

9 comments:

Anonymous said...

Mengikut Wikipedia "...pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Goa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu."

Kita diajar di sekolah dahulu bahawa orang Portugis yang menyerang Melaka itu datang dari Goa, India. Mereka ini sampai sekarang yang masih ada di Melaka pendek-pendek dan hitam, langsung tak menyerupai Mat Saleh ketua-ketua mereka yang sudah lama pulang ke Eropah. Bahasa yang mereka guna pun sudah ketinggalan dan tak serupa dengan bahasa Portugis moden.

Jadi saya nampak ada persamaannya dengan nama puak Goa yang bertelagah di Sulawesi itu. Ramai daripada mereka yang kembali ke Tanah Melayu semula selepas diserang Belanda di Makassar, ada yang jadi askar upahan menyertai Daeng Perani ke Kedah. Kubur Daeng Perani baru-baru ini dijumpai di Pinang Tunggal.

Salmi

Unknown said...

The article written in this website is full of crap.

Sebagai seorang yang berasal dari keturunan Daeng Parani , saya berani mengatakan, artikel ini adalah karut.

Raja-raja Bugis Selangor tidak pernah tunduk kepada mana-mana orang Siam. Malahan semasa pemerintahan Almarhum Nenda kita Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sallehuddin (Raja Lumu, Marhum Soleh), bala tentera Raja Ligor Siam, lari lintang pukang balik ke Siam setelah di kalahkan oleh orang Bugis Selangor di Selat Dinding, Perak dan selepas itu tidak berani lagi menggangu Perak.

Di Kedah juga, Daeng Parani juga telah megetuai bala tentera Bugis untuk menentang Siam untuk membantu Sultan Kedah.

Dan perlu di ingat, pada kurun ke 16, 17 & 18, Kerajaan Siam di bawah Dinasti Ayuthia dan kemudiannya Dinasti Chakri mengamalkan polisi "expansionsme" di utara Semenanjung Tanah Melayu dan Segenting Kra. Raja-raja Islam Pattani & Ligor tunduk kepada ketuanan mereka. Therefore how can you say Raja-raja Bugis Selangor tunduk kepada Raja-raja keturunan Kemboja Islam yang lemah yang "telurnya" digengam oleh Raja-raja Siam beragama Budha.

I am proud of the Bugis blood that runs in me. I'm proud of the warrior legacy. I'm proud that the military and naval traditions runs in my family until now. So be careful of what you write - Bugisknight

anaianai said...

Tuduhan : The article written in this website is full of crap.

Jawapan : Your arguement is also full of crap and loophole too. It clearly shows how stupid you are than I give you credit for.

Tuduhan : Sebagai seorang yang berasal dari keturunan Daeng Parani, saya berani mengatakan, artikel ini adalah karut.

Jawapan : Kalau belum baca habis, sejarah imaginasi anda lebih karut dari sejarah realiti kami. Hanya orang yang tidak membaca sehabis nya artikel-artikel di bolg ini akan berkata demikian kerana bukti2nya banyak terdapat disini.

Tuduhan : Raja-raja Bugis Selangor tidak pernah tunduk kepada mana-mana orang Siam.

Jawapan :Hari ini, orang Siam adalah orang Melayu di Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak utara hari ini. Tunduk tak tunduk tak jadi hal, tapi itulah hakikat sejarah realiti, bukan imaginasi. Kalau tak tunduk, kenapa Sultan muzaffar Syah III tabal Raja Lumu? Naiklah kerajaan sendiri kalau berani masa itu di Selangor.(Lihat,‘Forum Sejarah Realiti Kedah” pada 13 September 2006 telah diperjelaskan oleh TNL Kasim sebagai ahli panel dihadapan kerabat diraja Kedah). Anda sudah ketinggalan zaman.

Tuduhan : Malahan semasa pemerintahan Almarhum Nenda kita Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sallehuddin (Raja Lumu, Marhum Soleh), bala tentera Raja Ligor Siam, lari lintang pukang balik ke Siam setelah di kalahkan oleh orang Bugis Selangor di Selat Dinding, Perak dan selepas itu tidak berani lagi menggangu Perak.

Jawapan :Memang betul mereka lari lintang pukang, tetapi itu tentera Thai yang datang dari negeri Siam. Mereka penjajah negeri Siam dan hari ini, hanya orang yang bodoh sahaja tidak tahu mereka itu orang tai beragama Buddha, yang datang dari negeri Siam, bukan orang Siam yang beragama islam.

Tuduhan : Di Kedah juga, Daeng Parani juga telah megetuai bala tentera Bugis untuk menentang Siam untuk membantu Sultan Kedah.

Jawapan : O, Sultan Kedah yang di bantu? Sultan Kedah yang mana satu dibantu? Paduka Seri Sultan (gelaran raja daerah) Abdullah, Ahmad Tajuddin?, mereka hanyalah raja daerah, bukan Sultan Kedah. Dia berada di melaka ketika itu. Siapakah Sultan Kedah ketika itu yang mendapat bantuan Daeng Perani melainkan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang. Itulah raja Siam Islam.
Sultan Muhammad Jiwa pula adalah Raja Kota Setar merangkap Perdana Menteri Negara Kedah, atau disebut Paduka Seri Bongsu dalam Undang-Undang Kedah. Baginda adalah adik ipar Syarif Yang Di Pertuan. Baca dulu salasilah yang kami paparkan.
Baca disini : http://www.sabrizain.demon.co.uk/malaya/kedah2.htm

Tuduhan :Dan perlu di ingat, pada kurun ke 16, 17 & 18, Kerajaan Siam di bawah Dinasti Ayuthia dan kemudiannya Dinasti Chakri mengamalkan polisi "expansionsme" di utara Semenanjung Tanah Melayu dan Segenting Kra

Jawapan :Siam Islam tidak pernah membuat ‘expansion territory’ dalam abad ke 16 dan 17. Yang membuat expansion territory adalah Raja Dinasti Chakri Sukhothai bermula 12 Nov 1821 dimana mereka membunuh Syarif Yang Di Pertuan. Mereka menyerang pula pada tahun 1831 dan pada masa itu Syed Alang Alauddin adalah juga Sultan Kedah. Mereka gagal menawan Istana Kuning dan baginda mengusir tentera thai dengan bantuan tentera Acheh, Minangkabau dan Bugis. Makam puteri Bugis pun masih ada lagi di Pendang. Jemput lah datang tengok sendiri. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin pada masa itu berada di Melaka, tengah ubah sejarah bangsa Melayu melalui penulisan sejarah fantasi nya.

Tuduhan : Raja-raja Islam Pattani & Ligor tunduk kepada ketuanan mereka. Therefore how can you say raja-raja Bugis Selangor tunduk kepada Raja-raja keturunan Kemboja Islam yang lemah yang "telurnya" digengam oleh Raja-raja Siam beragama Budha.

Jawapan : Jangan jadi bodoh, Raja raja Siam beragama Islam sementara orang-orang Thai (Sukhothai) beragama Buddha. Lemah ke kuat itu aku tak tahu. Bagi aku, hanya orang bodoh mengikut sejarah versi inggeris macam lembu kena tarik tali, tak ada otak nak fikir, walaupun dah 50 tahun merdeka, telor nya bukan saja kena genggam malah diramas-ramas.

Tuduhan : I am proud of the Bugis blood that runs in me. I'm proud of the warrior legacy. I'm proud that the military and naval traditions runs in my family until now. So be careful of what you write - Bugisknight

Jawapan : If you are proud of your Bugis blood, then we are proud of our Siamese blood too. We are proud that our ancestors ruled this empire as a Muslim empire, with Muslims laws as stated in the malay manuscript, “Undang-undang Kedah”, sehingga ke Johor (disebut Hujung Tanah), ever since the time of Raja Merong Mahawangsa. If not because of our ancestors, even you might not be a Muslim today. Tak kira samada ‘Knight @ ‘warrior’, sekiranya kami di sini adalah dari keturunan orang yang menabal keturunan orang yang kena tabal, kenapa harus kami takut dengan kau.

So you better be careful of what you say in my blog. Tak de seinchi pun kami nak takut dengan kau kerana kami tahu kami dipihak yang benar, Insyallah minnassabirin rabbanalakalham.

anaianai1,anaianai2,anaianai3,anaianai4.
Ps : Orang bersopan, kita bersopan, kalau orang biadap kita pun boleh lebih dari itu.

Pemuda Kahfi said...

Saya pun ade penah dgr citer dari datuk sedare tiri saya..bahawa kami ni sebenarnye berketurunan Daeng Chelak melalui anaknye Raja Lumu dan mempunyai darah Arab dari Mekah..well..mule2 x phm jugak saya ape org tua nih citer..tp mase tu bile sebut Mekah..terigt plak bani Hashim..sy terpk bkn keturunan Nabi SAW ke tu?

Tp melihat perkaitan yg ade..dan membace dlm blog nih..no wonder la..wlpn sy xtau nasab saya dgn Sultan Selangor skg kat mane terputusnye..sy jadi bangge gak sbnrnye..yg Siam tu x sure die ade sebut ke x..tp rasenye mcm ade..x igtla sbb dh lame dh..x kisahla tu..janji yg Arab tu mmg konfem ade..utk pengetahuan..moyang saya bernama Haji Hussein bin Haji Abdullah..bekas Qadhi Jeram/Kuala Selangor tahun bape xtau..tp sblm merdeka la..mempunyai kaitan dengan Sultan Selangor dan kerabat2 baginda sbb ade dihadiahkan oleh baginda sendiri kpd beliau sebidang tanah di Kg.Baru,Sabak Bernam dan Jeram sendiri..menurut citer org2 tua keluarga sy la..xtaula kaitan rapat ke x..mgkn family2 diorg kot..:-?

Nak carik salasilah bertulis mmg xde..tp sume atas citer atas citer je..wlpn mcm tu bile bace blog nih..sbnrnye jd bangge jugak..hehehe:D

p/s:sbg anak jati selangor..aku pun bangge gak dgn darah bugis aku..dari keturunan Daeng Chelak lg..tp xdela nak sound2 org mcm tu skali..dah ini hasil kajian die..tolonglah hormati skit..at least die adela membuat homework..drpd kite bergantung dgn hasil karangan penjajah yg mengarang sejarah kite yg mmg layu melintang patah tu..adela jugak bende yg boleh kite bangge sebagai org Melayu Malaysia ari ni..aku ckp terus terang aku lbh rela terima sejarah yg nih drpd sejarah di sekolah2 dulu..subjek faveret tu..he3:D..mgkn ko kate fantasi..kalu fantasi pun ade jugak yg boleh kite bangge..ok ape..di Amerika pun watak fantasi Superman dpt memberi harapan kpd orang2 Amerika yg pd ketika itu mengalami zaman kemelesetan plg teruk dlm sejarah disebabkan mengamalkan dasar ekonomi terbuka pd tahun 1930-an..diharapkan dgn kajian2 spt ini dpt memberi harapan kpd org2 Melayu Islam kite yg skg ni mcm xde pedoman sbb bergantung kpd hasil karya penjajah dan sekutu2nye..bravo kpd saudare anai2 dan geng2 beliau sbb sudi menyediakan hasil kajian2 yg membuka minda masyarakat Islam kite yg kebykannye sbnrnye mempunyai darah Siam jugak..skit pun jdla..mane ade org pure skg ni..byk cmpr2 sdh bah skg ni..cume skg ni kite tau ke x..tu je..

Penah dgr ckp Siam Kedah ni..sbb gf org Baling, Kedah dan kacukan melayu penang+Siam..cun wa ckp lu..tp xleh nk kaco2..tu awek gua tu..hehehe:D..tp die membesar dlm masyarakat belah mak die iaitu masyarakat Siam..penah die test sy die ckp Siam..mak aihh..x phm lgsg..nk kate mcm Thai..x jugak..sy kate itu ckp Thai..die marah kt saya sbb die sendiri kate org Siam ngan org Thai x same..org siam sume org Islam dan org Thai sume org Buddha kapiaq..mule2 xphm gak sy apesal die ckp mcm tu sbb sy pikir sblm ni thai tu siam..siam tu thai..smpila sy bace blog ni..baru sy phm yg ckp gf sy tu mmg betul..depa tau sejaghah depa..cuma depa x habaq kt kita ja..

Salam dari negeri di bawah bayu..

Unknown said...

salam,

satu persoalan yg bermain di fikiran saya ialah, bagaimana Raja Lumu boleh berkahwin dgn anak kepada Tunku Shaari Riayat Syah sedangkan Raja Lumu hidup pada zaman Po Chan (SM SyahIII) yang menabal beliau, dan Sultan Muzaffar Syah III itu adalah cicit kepada Sultan Mahmud Syah yg juga abg kpd Tunku Shaari.

Jauh sgt jarak tahun tu! Takkan Putri Tunku Shaari Riayat Shah yg sudah pangkat nenek kpd SM III tu boleh kahwin dgn Raja Lumu yg hidup sezaman Sultan Muzaffar Syah III?

takkan hidup lebis seratus tahun? Mintak jelaskan sikit?

anaianai said...

terima kasih saudara Zack. kami dh buat pembetulan dh. ini yang kami cari tak jumpe-jumpe, sb banyak sangat artikel. terima Kasih kerana hilite kan kepada kami. maklumat disini betul.

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/11/salasilah-sultan-selangor-dilantik-oleh.html

kakidaR said...

saya betul-betul kagum...dan ini yang saya cari...saya macam tak boleh terima sejarah dalam buku sejrah sekolah...dari dulu lagi..rasa macam orangbodoh je baca...maklumlah...semua baca tang sultan-sultan bodoh je bunyinyer...semua macam nak jual tanah melayu...alhadmulillah...persoalan sedikit sebanyak terjawab...walaupun byk lagi kena baca ni...cuma dgn harapan...bukukanlah sejarah ini dalam bentuk bahasa yang lebih mudah difahami...buat dalam hikayat yang sebenar ...bukukan lah balik. InsyaAllah..sejarah ini lebih berkekalan...hendakNya.

demahnyilau said...

Assalamualaikum.....ini bukan masa untuk mempertikaikan sejarah melayu yang baru hendak dikaji....yang penting sekarang kita harus memberi peluang kepada pengkaji-pengkaji sejarah melayu ini menyatakan fakta serta kesahihan kajian mereka....bagi saya sejarah yang dihidangkan kepada kita hari ini merupakan sejarah acuan daripada barat yang kita ketahui bahawa barat tidak suka kepada ketamadunan yang telah dicapai oleh umat islam..jadi saya rasa ada baiknya kita bermuhasabah diri..kembali kepada kajian sejarah yang betul...yang dikaji oleh bangsa kita sendiri..bukannya menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya dengan membaca sejarah buatan orang barat..kenapa perlu percaya kepada dakyah orang kafir..kepada TNL Kassim dan rakan-rakannya..teruskan perjuangan anda.Semoga Allah memberi kemudahan kepada anda semua untuk meneruksan kajian ilmiah ini..

A.Danial Zainuddin said...

"I am proud of the Bugis blood that runs in me. I'm proud of the warrior legacy. I'm proud that the military and naval traditions runs in my family until now. So be careful of what you write - Bugisknight"

Kalau kau bangga sgt dgn darah BUGIS kau tu, asal kau tak pi balik ja kat sulawesi sana tu.Apasal menyibok dtg Tanah Semenanjung ni.Dasar Melayu anak dagang tak sedar diri! Dah la menumpang tanah org..not to mention curi plak tanah tok nenek moyang kami(Kedah, kelantan, terengganu,perak etc....smua yg dahulu dibawah LANGKASUKA). Aku nyampah betul dgn org camni...."Im proud javanese, Im proud minangnese, Im proud Bugisnese bla bla bla". Kalau bangga sgt hangpa pi la balik tanah asal hangpa. Yg dok semak kat tanah kami naper...alang2 tu, pi bawak skali Datuk Najib Bugis hangpa tu skali balik tanah Sulawesi..kami org mlayu asli Semenanjung pon senang hati...