Wednesday, August 22, 2007

Di mana Ngah Ibrahim disemadi? Perak, dakwa anak

Kami akhirnya telah terjumpa lapuran yang dimaksudkan dalam nota kaki artikel kami dari dari akhbar Utusan Malaysia. Sila likuti kandungannya.

BATU GAJAH 3 Sept. – Seorang lelaki yang mengaku dirinya anak bongsu kepada Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim mendakwa pahlawan Melayu itu mati dan dikebumikan di Kampung Dendang, dekat Beruas dan bukannya di Singapura seperti yang tercatat dalam sejarah.

Yacob Ngah Ibrahim, 80, yang mendakwa mempunyai salasilah keturunan Ngah Ibrahim hingga kini berkata, dia berusia 10 tahun ketika Ngah Ibrahim meninggal dunia kerana sakit tua pada tahun 1936 di Kampung Dendang.

“Ngah Ibrahim tidak mati di Singapura pada 1895. Dia melarikan diri ke Johor dengan bantuan saudaranya, Panglima Sameon yang membantunya balik bertemu saudara di Kampung Tepus, Tanjung Belanja, Parit sebelum berkahwin dengan mak saya, Pahtamah Alang Palit.

‘‘Mereka kemudiannya berpindah dan mendirikan rumah di Kampung Dendang, Beruas sebelum Ngah Ibrahim meninggal dunia di sana selepas sakit selama seminggu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Batu 8, Batu Gajah di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan dua pahlawan yang pernah membantu Datuk Maharajalela menentang British pada Perang Perak 1891, Ngah Ibrahim dan Laksamana Mohamad Amin akan dibawa pulang dari Singapura dan dikebumikan semula di negeri ini pada 9 September ini.

Jenazah Ngah Ibrahim akan dikebumikan semula di Kota Ngah Ibrahim berhampiran Masjid Matang, Taiping manakala jenazah Mohamad Amin akan disemadikan di Makam Diraja, Bukit Chandan, di sini. Jenazah mereka akan dibawa pulang dengan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Laksamana.

Katanya lagi, anak Ngah Ibrahim dengan isteri terdahulu, Wan Halimah iaitu Wan Mohd. Isa pernah melawat pusara pahlawan Melayu itu di Kampung Dendang.

Dakwanya, kepulangan semula Ngah Ibrahim ke Perak dari Singapura hanya diketahui oleh saudara mara terdekat bagi mengelak dijejaki Inggeris.

“Sultan Perak yang terdahulu, Sultan Iskandar pernah datang ke Kampung Tepus untuk mengajak Ngah Ibrahim balik ke istana tetapi dia tak mahu,” ujar bapa kepada 10 orang anak itu.

Kesimpulan

Mengikut siasatan kami lagi, abang kepada Ngah Ibrahim yang menjadi Raja Larut ini bernama Nai Ngah Had dan menetap di Kedah, menjadi penghulu di Kg Tualang. Kami telah bertemu dengan cicit kepada Nai Ngah Had ini iaitu Nai Ngah Noh bin Nai Ngah Salleh. Beliau yang lebih mesra dipanggil Tok Su Noh ini mempunyai salasilah lengkap keluarga mereka.

Mengenai pemakaman dan penghormatan yang diberikan kepada Raja Ngah Ibrahim baru-baru ini tidak lah menjadi masalah kerana baginda adalah anakanda kepada Sultan Jaafar Muadzam Syah atau Long Jaafar. Sekiranya begitu, memang benarlah Raja Ngah Ibrahim (bukan Ngah Ibrahim) dibinkan kepada Long Jaafar.

4 comments:

Anonymous said...

Saya baru hantar e-mel kepada tuan, harap sudilah sekiranya dapat disiarkan dalam blog ini.

Salmi

Anonymous said...

Bila nak dekat sambutan merdeka ini, macam biasa pemimpin-pemimpin Perikatan dahulu ditonjolkan dalam media massa arus perdana seolah-olah mereka sahaja yang berjuang.

Saya tekankan sekali lagi, kita tetap menyanjung jasa TAR. Bila difikirkan memang beliau paling sesuai dengan keadaan masa itu dan boleh diterima oleh kedua-dua penjajah British dan Thai berbanding pejuang-pejuang aliran Islam seperti Abu Bakar Baqir dan Burhanudin Helmi atau pejuang-pejuang haluan kiri seperti Ahmad Boestamam dan Pak Sako.Itupun wilayah Melayu selatan Thai tidak diberi merdeka bersama kita.

Bukan sahaja sistem Yang Dipertuan Agung ditiru daripada sistem Kedah lama, tetapi pakaian Agung ditiru daripada Sultan Kedah dan nama jawatan Perdana Menteri dan Ketua Hakim Negara turut ditiru.

Sistem EXCO (State Executive Councillors) mula digunakan masa Sultan Abdul Hamid memerintah. Ada satu kenduri perkahwinan diraja dibuat dengan segala kemewahan 7 hari 7 malam sehingga kerajaan negeri bawah jajahan Thai menanggung rugi. Thai kemudiannya melantik seorang Mat Saleh menjadi Setiausaha Kewangan Negeri.

Masa itu EXCO dilantik daripada golongan kerabat dan pembesar mengambil alih urusan pemerintahan harian dan mengurangkan kuasa sultan.

Salmi

emaswarisan said...

Betul la...keris pendek yang diguna oleh DYMM Agong pun masih guna hulu keris pekaka.Yang aku tau,hulu keris jenis ini hanya dari ukiran Pattani.Aku ada simpan satu hulu shj la,tapi keris tak tau pi mana.Yang Agong guna tu warna putih,gading kut,aku punya kayu aje.
Hakikatnya...kita serumpun...walaupun dipisahkan Malaysia/Thai.

cikguku said...



salam.. baru2 nie ayah ada bercerita tentang keturunan kami bermula cerita unyang saya iaitu Raja Daud bin Raja Ngah ( ayah pun tak tahu keturunan dari isteri Raja Ngah Ibrahim yang ke berapa ) Di khabar beliau beristeri 3.Adik beradik Unyang saya ada 4 orang iaitu Raja Mat, Raja Daud , Raja Endut dan Raja Hamidah. Persamaan cerita yang mengaitkan keturunan kami dengan Raja Ngah dengan Raja Ngah Ibrahim ialah cerita berkenaan raja Ngah kami merupakan pembesar yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W Birch. Telah dibuang negeri dan keturunan kami dipaksa menyembunyikan nama sebenar dan segala identiti dirahsiakan agar tidak dibunuh oleh pihak British. Keturunan kami ada yang terpaksa menyamar sebagai orang kebanyakkan dengan membuang gelaran raja.Kami yakin bahawa Raja Ngah dari keturunan kami adalah Raja Ngah Ibrahim yang disebut-sebut. Raja Mat mempunyai 3 orang anak iaitu Raja Usman bin Raja Mat, Raja Abdul Rahman bin Raja Mat dan Raja Meliah bt Raja Mat. Raja Abdul Rahman bin Raja Mat akan tetap dijemput oleh Sultan ( semasa istana di Telok Anson )dalam semua majlis dan upacara pertabalan, tidak ketinggalan semasa upacara di Beting Beras Basah. Info : Untuk pertabalan, Pedang Kerajaan ( Cura Simanja Kini ) di celupkan di Kuala Sungai Perak dikawasan beting beras basah, maka berbunyi lah deringan menunjukkan sahnya raja tersebut adalah pewaris yang sah untuk menduduki tahta kerajaan sebagai Sultan Perak yang sah. Upacara ini adalah “wajib” dan tidak melakukannya maka tidaklah dianggap sah perlantikkan tersebut. Info ini dinyatakan untuk menunjukkan bahawa keturunan kami adalah yang terpenting dalam Kesultanan Perak tetapi telah terputus hububgan dan kami ingin kembali. Kepada sesiapa yang ingin membantu harap dapat hubungi saya Raja Khairuddin bin Raja Majid ditalian 014 5042235