Saturday, May 26, 2007

SALASILAH YANG DI TOKOK TAMBAH III

Paduka Sri Sultan Ahmad Taj ud-din II Halim Shah

DARI KOTA SETAR KE RAJA KOTA KUALA MUDA

1803 - 1845 H.H. Paduka Sri Sultan Ahmad Taj ud-din II Halim Shah ibni al-Marhum 'Abdu'llah al-Mukarram Shah [al-Marhum Melaka], Sultan and Yang di-Pertuan of Kedah Dar ul-Aman. b. 1770, second son of H.H. Sultan 'Abdu'llah al-Mukarram Shah ibni Sultan Muhammad Jiwa Zain al-'Adilan Mu'azzam Shah, Sultan of Kedah Dar ul-Aman, by his fifth wife, Y.M. Che' Mas, educ. privately. Appointed as Heir Apparent with the title of Tunku Pangeran, and recognised as such by the Siamese with the title of Uparaja. Succeeded on the abdication of his uncle, September 1803. Recognised as ruler of Kedah by the King of Siam, and installed at the Balai Besar, Kota star Palace, Alor Star, with the title of Phaya Ratna Sangrama Ramabhakti Sri Sultan Muhammad Ratna Raja Varman, 19th September 1804. Promoted to the rank of Chao Phraya 1818. Kedah was conquered by the Siamese, 12th November 1821 and the Sultan fled to British territory in Penang. Lived in exile at Penang and Malacca. After several failed attempts at regaining his throne, he was eventually permitted to return as nominal ruler over a reduced territory in 1842. Established his capital at Kota Kuala Muda, as Alor Star was overgrown with forest, 6th April 1843. m. (first) Y.M. Wan Fatima. m. (second) Y.M. Che' Alraseh. He d. at Kota Kuala Muda, 3rd January 1845 (bur. at the Royal Cemetery, Kota Langgar), having had issue, three sons and three daughters:
• 1) H.H. Sultan Muda 'Abdu'llah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Taj ud-din Halim Shah (s/o Wan Fatima). Appointed as Heir Apparent with the title of Raja Muda. Appointed as Regent with the personal title of Sultan Muda on 17th July 1839. He d. at Istana Alor Star, 26th February 1841 (bur. there at the Royal Cemetery, Langgar), having had issue:
• a) Y.M. Tunku 'Abdu'l Hamid bin Tunku 'Abdu'llah. m. Y.A.M. Tunku Po' binti al-Marhum Sultan Zain al-Rashid al-Mu'azzam Shah, youngest daughter of his paternal uncle, H.H. Paduka Sri Sultan Zain al-Rashid al-Mu'azzam Shah I ibni al-Marhum Sultan Ahmad Taj ud-din Halim Shah, Sultan and Yang di-Pertuan of the State of Kedah Dar ul-Aman.
• b) Y.M. Tunku Daie bin Tunku 'Abdu'llah. He d. at Sungai Krian, 1848.
• 2) Y.A.M. Tunku Yakub bin Sultan Ahmad Taj ud-din Halim Shah. Taken prisoner by the Siamese and sent to Bangkok in November 1821, but was relesed as a consequence of the Anglo-Siamese Treaty of 20th June 1826. He d.v.p. in Siamese captivity.
• 3) Y.A.M. Tunku Zain al-Rashid bin Sultan Ahmad Taj ud-din Halim Shah [Tunku Da'i], who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan Zain al-Rashid al-Mu'azzam Shah I ibni al-Marhum Sultan Ahmad Taj ud-din Halim Shah, Sultan and Yang di-Pertuan of the State of Kedah Dar ul-Aman (s/o Che' Alraseh) - see below.
• 1) Y.A.M. Tunku Chik binti al-Marhum Sultan Ahmad Taj ud-din Halim Shah (d/o Che' Alraseh). m. Tun Muhammad Tahir bin Dato' Bendahara Sri Maharaja Tun 'Ali, Dato' Bendahara Sri Maharaja of Pahang (b. 1813; d. at Kuala Sedili, 30th May 1863, bur. Johor Bahru), eldest son of Tun 'Ali ibni al-Marhum Dato' Bendahara Paduka Raja Tun Koris, Dato' Bendahara Sri Maharaja of Pahang, by his second wife, Inche' Wan Ngah. She had issue, two sons and one daughter - see Malaysia (Pahang).

The list continues,…

Ulasan saya.

Pertabalan Paduka Sri Sultan Ahmad Taj ud-din II Halim Shah ibni al-Marhum 'Abdu'llah al-Mukarram Shah [al-Marhum Melaka], Sultan and Yang di-Pertuan of Kedah Dar ul-Aman ini telah diadakan di Balai Besar dulunya, Berahman Indera. Kalau benar baginda bergelar, Yang di Pertuan of Kedah kenapa diletakkan gelaran Paduka Seri Sultan di hadapan nama baginda. Ini jelas menunjukkan bahawa gelaran Paduka Seri Sultan hanya digunakan oleh raja-raja daerah. Paduka Sri Sultan Ahmad Taj ud-din II Halim Shah adalah Raja Kota Setar bukan Sultan atau Yang Di Pertuan Negeri Kedah. Dia bukan Perdana Menteri Kedah kerana Tengku Long Putera menyandang jawatan itu. Dia tidak dihantar ke Pulau Pinang kerana Inggeris sudah pun mendudukki Pulau Pinang.
Gelaran Yang di Pertuan dan titah hanya khusus untuk Maharaja Benua Islam Siam sahaja.Di ms 98, Undang Undang Kedah disebut,

“Bermula disuruhnya titah Duli Yang Di Pertuan Sultan Mahmud Syah Yang maha Mulia….”

Gelaran ‘Chao Phraya’ juga tidak betul, ia sepatutnya ‘Chao Phaya’. Gelaran ‘Chao Phaya’ digunakan hanya oleh Raja Siam Islam sementara gelaran ‘Chao Phraya’ adalah dari Raja Thai Buddha. Hampir serupa tapi tidak sama. Mungkin kah gelaran ini diberi oleh raja Thai mengenangkan sumbangan baginda menjahanamkan agama Islam, bangsa dan negara untuk kepentingan Raja Thai itu. Ini satu kemungkinan yang besar, bukan kesilapan typography malah kalau sememangnya benar anugerah Raja Thai ini, ia sekali gus mengesahkan baginda seorang pengkhianat.

Dalam Undang Undang Kedah ms 36,

“Fasal pada menyatakan adat raja-raja yang besar dahulu-dahulu itu jika bergelar Paduka Seri Perdana Menteri Mangkubumi. Demikian lah zaman raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja di benua siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”. (ejaan jawinya)

Agak anehnya pula dihujungnya dikatakan Kedah diserang Siam pada 12 Nov. 1821. Lagi aneh apabila difikirkan, setelah diberi segala pangkat, gelaran pertabalan dan ‘recognition’, kenapa pula Siam susah payah menyerang Kedah. Sebenarnya yang memberi segala pangkat itu ialah Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Yang di Pertuan Yang Maha Mulia, Maharaja Benua Islam Siam sementara yang menyerang dalam tahun 1821 itu bukan Siam Islam tetapi Thai yang beragama buddha dan telah mengambil alih Ayyuthia Islam dalam tahun 1767 terdahulu.

Inilah diantara kontroversi yang saya maksudkan. Malah banyak lagi dikatakan orang-orang siam ini sebagai jahat. Apabila kita mengatakan orang-orang Siam itu jahat, kita sebenarnya menampar muka sendiri. Apabila kita sebut Wat Siam, itu pun salah sepatutnya Wat Thai. Bila kita kata Siam perut hijau, kita kata kepada kita sendiri sebab hijau adalah warna Islam dan siam itu adalah kita yang beragama Islam. Orang-orang Thai yang mengetahui akan senyum melihat kebodohan kita. Secara umumnya selepas tahun 1767 di Ayuthia adalah orang Thai sebelum tahun tersebut orang-orang Siam Islam. Situasi di Kedah pula lain sedikit kerana Khalifah Sharif masih hidup dan bersemayam di Istana Kota Meang Kuang sehingga tahun 1821. Selepas itu anakanda baginda Sultan MadZaffar Syah III hingga 1824, Syed Alang Alauddin sehingga tahun 1862 dan akhir sekali Sultan Jaafar MadAzam Syah sehingga 1879.

Seperkara lagi saya sering menyebut bahawa Istana Kota Meang Kuang terletak berhampiran Bandar Daru Aman Kedah. Untuk maklumat pembaca semua, sebelum tahun 90an, sebelum adanya Politeknik dan Maktab Perguruan di situ, kawasan ini dahulunya dikenali sebagai Tanah Merah, sempena nama peperangan tentera Islam dan Thai dulu. Pertukaran nama tempat kadang kala boleh membuat sejarah datang dan pergi begitu saja, terus dilupakan oleh generasi yang baru dan akan datang.

Saya berpendapat Paduka Sri Sultan Ahmad Taj uddin II Halim Shah ini seorang Paduka Seri Sultan yang tidak mengenang budi kerana setelah diberi segala pangkat dan darjat, baginda tamak dan bersekongkol dengan thai untuk menyerang Kedah dan membunuh Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah. Sebagai marhum Melaka pula, disana dieditnya sesetengah hikayat sehinggakan sejarah kita menjadi kucar-kacir.