Saturday, May 12, 2007

QHUTBAH WIDA RASULLULLAH

Jika sekiranya nagara kita mengamalkan Islam Hadhari, ini lah perkara utama yang wajib difikirkan oleh kita sebagai umat Islam kerana ia merupakan kutbah/wasiat terakhir baginda Rasullullah SAW, Rasul yang amat kita kasihi dan cintai kepada kita umatnya.

"Wahai manusia
….Seperti mana kamu menggangap bulan ini dan kota ini ini sebagai suci,
maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta kamu yang diamanahkan
kepada kamu kepada miliknya yang berhak.


Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun
agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu,
dan dia pasti membuat perhitungan diatas amalan kamu.
Allah telah mengharam riba.
Oleh itu segala amalan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang".


Khutbah pada 9 hb. Zulhijjah, tahun 10 Hijrah di Lembah Gunung Arafah.

No comments: