Tuesday, May 15, 2007

KENAPA ADA ORANG SIAM BERAGAMA BUDDHA DI KEDAH?

Oleh anaianai

Saya menerima banyak cadangan dan pertanyaan daripada pembaca-pembaca blog ini mengenai status orang-orang siam yang beragama Buddha di Malaysia. Untuk maklumat semua, mereka adalah rakyat Malaysia, berstatus bumiputra (seperti orang portugis Melaka) dan menggunakan Wat sebagai tempat beribadah. Setakat hari ini kita sedia maklum bahawa mereka menjadi rakyat Malaysia yang cukup akur dengan peraturan dan undang-undang negara hari ini.

Bahasa Melayu mereka dalam loghat tempatan cukup baik kerana aktiviti kemasyarakatan setempat. Ada diantara mereka telah memeluk agama Islam dan ada yang berkahwin dengan orang-orang Cina tempatan. Saya menulis ini sekadar memberi penerangan tanpa ada prajudis terhadap mereka. Saya pun mempunyai ramai rakan-rakan sekolah di kalangan mereka seperti Somphorn, Amnoi, Sumchik dan amat rapat dengan saya sebagai rakan sebaya.

Adalah dianggarkan bahawa jumlah mereka tidaklah ramai, lebih kurang 50,000 orang di Malaysia. Bagaimana mereka boleh berada di Malaysia khususnya dinegeri-negeri Utara Semenanjong tanah Melayu. Adakah mereka ini yang dimaksudkan oleh saya dalam artikel-artikel saya sebelum ini. Untuk mendapat jawapannya kita perlu melihat kembali sejarah negara kita sebelum Kedah atau nama lainnya Saiburi yang dijajah oleh thai dahulu. Terdapat 3 peperangan dan serangan besar oleh Thai yang berlaku dalam tahun berikut,

1) Peperangan serang hendap Musuh Bisik tahun 1821
2) Peperangan tahun 1838 dan
3) Penjajahan Thai tahun 1876-1881.

Semasa serangan tahun 1879, pihak thai dan Inggeris telah menangkap Sultan Jaafar MadAzam Syah di Merbok dengan pertolongan pengkhianat Raja Kuala Muda, menyiksa baginda di Yan, dan kemudiannya di bunuh dibelakang Balai Polis Gurun dengan cara dipijak dengan gajah. Pihak thai kemudiannya menjajah Kedah selama 5 tahun sehingga tahun 1881.

Tentera- tentera thai ini tidak pulang ketempat asal mereka tetapi terus menetap disini atas arahan ketua mereka. Mungkin sangkaan mereka, sudah pasti raja Chakri tidak akan melepaskan Saiburi dengan begitu mudah sekali setelah mereka berjuang bermati-matian untuk mendapatkannya. Keadaan yang sama juga berlaku di Kelantan dan Trengganu dimana ia merupakan sebahagian jajahan Legeh, selain Yala dan Narathiwat. Kemelut politik dan tekanan kemerdekaan terkemudian nanti akan merubah segalanya buat mereka.

Semasa disini mereka membina penempatan baru dan menjadi ‘spy’ kepada tentera raja thai disamping ditugaskan untuk memusnahkan istana-istana lama tinggalan Maharaja Benua Siam Islam termasuk juga Batu Bersurat di Trengganu. Dalam lain perkataan mereka yang mula-mula tiba dulu bukanlah orang siam tetapi tentera-tentera thai yang ‘stay back’ diatas dasar kesetiaan kepada perintah raja chakri dan negara thai ketika itu. Akan tetapi tentera-tentera yang berpangkat tinggi telah pulang lebih awal lagi, meninggalkan mereka yang berpangkat rendah. Hari ini jika kita selidiki, tidak ada wat Buddha di Kedah sebelum zaman Sultan Abdul Hamid berkahwin dengan Mak Cik Manjalara di Kedah ini.

Hari ini pun mereka tidak bertutur dalam bahasa thai, tetapi bahasa siam yang merupakan bahasa kebangsaan di nusantara dalam Nagara Benua Islam Siam ketika itu di mana masyarakat nya juga majmuk dan berbilang agama dan bangsa seperti Malaysia hari ini. Di Bandung Indonesia, misalnya masih ada lagi satu kumpulan masyarakat yang bertutur dalam bahasa Siam tetapi beragama islam.

Bahasa Siam ini di tutur oleh segenap lapisan masyarakat, disamping bahasa Jawa, Bahasa Melayu, Bahasa Thai dan bahasa daerah lain. Hari ini pun kita mempunyai penguasaan lebih dari satu bahasa, kenapa tidak di zaman dahulu.Walaupun hari ini mereka menubuhkan dan menamakan persatuan mereka sebagai siam, kerana mereka memang berasal dari Nagara Benua Islam Siam yang majmuk, tetapi asal mereka adalah dari kelompok bangsa thai yang beragama Buddha. Mereka mengelar kita orang melayu islam sebagai ‘khun khaek’ (orang islam) dan orang siam islam di Kedah memanggil mereka sebagai ‘khun thai’ (orang kafir, dengan maaf sebagai contoh sahaja).

Saya boleh andaikan sebagai contoh, apa yang berlaku di Ayuthia dulu ibarat kalau hari ini salah satu kaum di Malaysia yang bukan Melayu dan bukan Islam merampas kuasa dan mengaku mereka itu Melayu dan beragama Buddha pula, sebab sememangnya mereka bukannya Islam. Kemudiannya saki baki orang-orang Melayu yang beragama Islam ini di delete kan dari lipatan sejarah, pembesar negara diberi nama gelaran sahaja, bukan nama islamnya, penulisan sejarah dibakar dan ditulis senula.Begitulah situasinya di Ayuthia dalam tahun 1767 dahulu.

Di Kedah hari ini terdapat 48 Wat yang bukan saja digunakan oleh orang-orang Siam malah orang-orang Cina yang beragama Buddha. Sebagai contoh, Wat di Kampong Padang Pusing, Pendang bernama ‘Wat Thamkhiriwong’. Perkataan thamkhiriwong ini dalam bahasa Melayu berrmaksud Wat ‘datang turut raja’, iaitu datang mencari Maharaja Besar Benua Siam Islam yang dibunuh mereka diatas arahan Raja Buddha Rama Chakri dalam tahun 1821 dan 1876.



Rujukkan

1 Siri Neng Buah, “Masyarakat Malaysia keturunan Siam”, Jabatan Warisan Negara, KeKKWA.

2 Listing of thai temples in the state of Kedah Darul Aman, Malaysia.
http://www.mir.com.my/leofoo/Thai-amulets/htmls/Wats/kedah,htm.htm

3 Maryam Salim, “Undang Undang Kedah”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

4 Tuanku Nai Long Jaafar ibni Nai long Mohammad Dan, 2